comscore
Tumpuan :
Politik

PRU-15: Ewon Ebin tidak dapat dihubungi PBRS

Calon BN (PBRS) Parlimen P.182 Pensiangan, Datuk Arthur Joseph Kurup bersama penduduk luar bandar di Majlis Ramah Mesra Datuk Arthur Joseph Kurup di Pusat Daerah Mengundi Mukim Dalit, Keningau bagi kawasan Parlimen P.182 Pensiangan.

Oleh Safwan Sawi

KENINGAU: Calon Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Datuk Ewon Ebin yang bertanding di Parlimen Ranau tidak dapat dihubungi sehingga kini oleh kepimpinan parti PBRS, Barisan Nasional (BN) sejak selepas hari Penamaan Calon Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15).

Timbalan Presiden PBRS, Datuk Arthur Joseph Kurup berkata walaubagaimanapun pihaknya akur dengan keputusan kepimpinan tertinggi BN Sabah yang tidak merestui pencalonan itu di Parlimen Ranau.

“Beliau (Datuk Ewon Ebin) tidak dapat dihubungi, kita telah sampaikan mesej kita akur dengan keputusan kepimpinan pusat sebab kita ingin memastikan gabungan BN dan GRS ini dia dapat dijalinkan dan dijamin untuk memastikan bahawa kita akan memberi kepada rakyat satu pilihan yang boleh menjamin kestabilan dan kemakmuran pentadbiran negara selepas PRU,” katanya kepada Buletin TV3 selepas hadir dalam majlis Ramah Mesra Datuk Arthur Joseph Kurup di Pusat Daerah Mengundi Mukim Dalit, Keningau bagi kawasan Parlimen P.182 Pensiangan.

Tambah Datuk Arthur yang juga Ahli Dewan Tertinggi BN, pihaknya menyerahkan sepenuhnya kepada kepimpinan tertinggi parti berhubung tindakan ke atas Datuk Ewon.

Sebelum Penamaan Calon PRU-15 lagi ujar Datuk Arthur pihaknya sudah bersedia meletakkan calon PBRS di beberapa kawasan di bawah tiket BN termasuk Parlimen Ranau namun watikah pencalonan ditarik balik sebekum pengumuman rasmi dibuat bagi memberi laluan kepada calon Gabungan Rakyat Sabah (GRS).

Kelmarin Pengerusi BN Sabah, Datuk Seri Bung Moktar Radin menegaskan pendirian pihaknya tidak pernah merestui tindakan calon bekas Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi, Datuk Ewon Ebin bertanding atas tiket PBRS di Parlimen Ranau menentang calon GRS, Datuk Jonathan Yasin yang mempertahankan kerusi disandangnya.

Situasi itu menyebabkan berlakunya pertembungan antara BN dan GRS yang melanggar perjanjian antara kedua-dua parti berkenaan untuk tidak meletakkan calon antara satu sama lain PRU-15.

Loading...
Terkini