comscore
Tumpuan :
Politik

PRU-15: Gagal daftar calon sebab datang lewat, jalan sesak

Habib Bourguiba tidak dapat masuk ke pusat penamaan calon Parlimen Titiwangsa untuk menghantar borang penamaan calon kerana tiba lewat. – Foto: NSTP/Ahmad Suhael Adnan

KUALA LUMPUR: Seorang pesara swasta yang juga orang kurang upaya (OKU) penglihatan, Habib Bourguiba Abd Hamid, hampa kerana hasrat untuk bertanding sebagai calon Bebas di Parlimen Titiwangsa tidak menjadi kenyataan selepas tidak dibenarkan masuk ke Pusat Penamaan Calon (PPC).

Ia berikutan Habib Bourguiba, 53, tiba lewat dua minit selepas Pegawai Pengurus Pusat Penamaan Calon Parlimen Titiwangsa, Firdzaus Said mengumumkan waktu penerimaan kertas penamaan calon tamat dan proses penamaan calon bagi Parlimen Titiwangsa ditutup pada jam 10 pagi.

Anak jati Kampung Datuk Keramat yang hadir berbaju putih dan bertongkat itu, mendakwa tiba lewat kerana kesesakan jalan raya akibat banyak jalan raya di ibu negara ditutup sempena penamaan calon Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15).

“Saya keluar rumah sekitar jam 8.50 pagi, namun kerana ada banyak halangan seperti kesesakan jalan hingga kami terpaksa berpusing-pusing mencari jalan ke PPC, menyebabkan saya tiba sekitar jam 9.55 pagi di sini. – BERITA HARIAN

Loading...
Terkini