comscore
Tumpuan :
Politik

PRU-15: Hormati petugas PRU dan pasukan keselamatan

Calon BN Parlimen Sepanggar, menyerahkan borang pencalonan di pusat penamaan calon pada Sabtu lalu.

KOTA KINABALU: Pasukan keselamatan dan petugas pilihanraya hanya menjalankan tugas mereka bagi memastikan perjalanan Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15) berjalan lancar dan selamat.

Sebaliknya, ada pihak pembangkang yang sengaja memainkan isu kononnya diberikan layanan buruk sehingga mengugut untuk mengambil tindakan sekiranya menjadi kerajaan selepas ini.

Calon BN Parlimen Sepanggar, Datuk Yakub Khan berkata, calon yang bertanding pada PRU kali ini diminta supaya menghormati semua petugas PRU dan pasukan keselamatan.

Katanya, mereka hanya menjalankan tugas bagi memastikan PRU kali ini berjalan lancar tanpa ada sebarang insiden tidak diingini.

“Dalam siri kempen beberapa hari lalu, ada pihak yang menyuarakan ketidakpuasan hati terhadap pasukan keselamatan dan petugas PRU.

“Malah, pihak berkenaan sempat memberi amaran akan mengambil tindakan sekiranya menang dan dilantik menjadi menteri,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada kempen PRU-15 di Kampung Warisan, di sini, kelmarin.

Sementara itu, Yakub turut memberi jaminan untuk membawa lebih banyak kemajuan kepada Sepanggar sekiranya diberikan mandat sebagai Ahli Parlimen Sepanggar.

Katanya, selaku anak jati Sepanggar, beliau amat memahami setiap permasalahan yang timbul dan akan berusaha mencari jalan penyelesaiannya.

“Saya akan melakukan yang terbaik untuk Sepanggar. Lebih-lebih lagi dengan adanya sokongan daripada pemimpin tertinggi BN Sabah seperti Datuk Seri Bung Moktar Radin.

“Berilah saya peluang dan sokongan menerusi undi pada 19 November ini,” katanya.

Loading...
Terkini