comscore
Tumpuan :
Politik

PRU-15: Ismail Sabri berdepan dua pencabar di Bera

BERA: Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berhadapan dua pencabar, masing-masing daripada Pakatan Harapan (PH) dan Perikatan Nasional (PN) dalam misinya untuk mempertahankan kerusi Parlimen Bera pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU-15) .

Mewakili Barisan Nasional (BN) dalam saingan tiga penjuru itu, Ismail Sabri yang merupakan penyandang kerusi sejak 2004 ditentang calon Abas Awang (PH-PKR) dan Datuk Asmawi Harun (PN-Bersatu).

Senarai rasmi calon bertanding bagi kerusi itu diumumkan Pegawai Pengurus Pilihan Raya Parlimen Bera Datuk Zaman Azam Mohamet Sarif pada 11.23 pagi di Pusat Penamaan Calon, Dewan Konvensyen Majlis Daerah Bera di sini hari ini. – BERNAMA

Loading...
Terkini