comscore
Tumpuan :
Politik

PRU-15: Ismail Sabri kongsi rahsia kekal bertenaga

Ismail Sabri ketika menghadiri Kenduri Kampung Bersama Komuniti FELDA Sebertak, hari ini

Oleh Fazli Ahmad

BERA: “Soalan itu sebab saya sudah tua ke?”, gurau Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob sebaik diajukan soalan rahsia beliau kekal cergas dan bertenaga sepanjang tempoh berkempen sejak hari penamaan calon, Sabtu lalu.

“Jamu tak ada tapi vitamim kena makan juga la. Hanya vitamin asas sahaja seperti Vitamin C untuk mengelak selesama dan sebagainya dan juga multivitamin” katanya kepada media selepas menghadiri Kenduri Kampung Bersama Komuniti FELDA Sebertak, hari ini.

Tambah Ismail Sabri, beliau gemar menikmati juadah masakan kampung yang dihidangkan setiap kali menghadiri program di Parlimen Bera kerana ia memang kegemarannya.

“Saya tak memilih makan khususnya makanan kampung apa yang disediakan saya makan,” katanya

Meskipun melalui jadual yang padat sejak Sabtu lalu, Ismail Sabri tetap memastikan mendapat rehat yang mencukupi walaupun hanya melelapkan mata sebentar di dalam kenderaan.

Beliau kini sedang menjelajah seluruh Parlimen Bera untuk mendekati pengundi dan menghadiri pelbagai program bersama orang ramai setiap hari.

Loading...
Terkini