comscore
Tumpuan :
Politik

PRU-15: Ismail Sabri selesa mendahului di Parlimen Bera

Ismail Sabri bersama dengan isterinya mengundi sempena Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15) di Sekolah Menengah Kebangsaan Kerayong hari ini.

BERA: Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob terus mendahului dengan selesa di Parlimen Bera apabila mendapat 25,725 undi setakat jam 12 tengah malam tadi.

Berdasarkan kiraan tidak rasmi, Ismail yang juga Naib Presiden UMNO mendapat majoriti 11,133 undi.

Pengiraan kertas undi dilaporkan masih berlangsung di Dewan Konvensyen Majlis Daerah Bera.

Pada PRU-15, Ismail Sabri dicabar calon PH, Abas Awang dan calon PN, Asmawi Harun.

Loading...
Terkini