comscore
Tumpuan :
Politik

PRU-15: Jadi calon BN tidak ganggu kerja dakwah


Oleh Amira Suraini Che Mohamad

Kangar: Ahli Majlis Tertinggi UMNO, Datuk Fathul Bari Mat Jahya berkeyakinan tinggi pencalonannya sebagai calon Barisan Nasional (BN) di Parlimen Kangar tidak akan mengganggu gerak kerjanya sebagai pendakwah.

Menurutnya, seorang ustaz tidak bermakna hanya hanya mengajar di masjid dan tidak boleh meneruskan khidmat masyarakat menggunakan kaedah berbeza.

“Saya memakai pelbagai topi. Ada pakai topi ustaz, mengajar dalam masjid, ada pakai lebai.

“Ada ketika kita memakai suit dan tai (tali leher), kita dalam dunia korporat. Ada ketika mana kita turun melaksanakan khidmat masyarakat, ada ketika kita berpakaian sukan, kita bersukan,” katanya selepas selesai proses penamaan calon di Kompleks Dewan Warisan di Kangar.

Menurutnya, apa yang lebih penting adalah BN tidak akan menipu rakyat dan akan melaksanakan apa yang telah dijanjikan dalam manifesto.

Beliau tidak mahu menjanjikan ‘bulan bintang’ sebaliknya mahu membuat manifesto yang mampu ditunaikan sekiranya memenangi PRU-15.

Beliau akan menggalas tanggungjawab dan amanah diberikan pucuk pimpinan parti untuk memenangkan BN di Parlimen Kangar.

Kerusi Parlimen Kangar menyaksikan pertembungan lima penjuru membabitkan calon BN, Pakatan Harapan (PH), Perikatan Nasional (PN), Warisan dan Parti Pejuang Tanah Air (PEJUANG).

Pada PRU14 lalu, Parlimen Kangar telah dimenangi PH dengan majoriti 5,603 undi dalam pertembungan 3 penjuru. – BULETIN TV3

Loading...
Terkini