comscore
Tumpuan :
Politik

PRU-15: Jangan guna rakyat Kelantan untuk angkat pemimpin politik – Mohd Zain

Datuk Mohd Zain Yasim menziarah penduduk yang uzur di beberapa buah kampung di DUN Tawang, Bachok, Kelantan

Oleh: Nurul Amalina Zainudin

BACHOK: Calon Barisan Nasional (BN) Bachok, Datuk Mohd Zain Yasim menyelar tindakan segelintir parti politik yang dilihat menggunakan negeri Kelantan sebagai alat untuk mengangkat pemimpin mereka.

Beliau berpandangan kehadiran ‘calon-calon luar’ yang ditampilkan di beberapa kerusi parlimen sebagai taktik sekadar untuk meraih undi rakyat dan tidak bersungguh-sungguh untuk membangunkan kawasan itu.

Ujarnya, apabila sesetengah parti politik meletakkan calon luar dari kawasan yang ditandingi, jelas perjuangan itu lari dari matlamat asal.

“Contohnya di Kubang Kerian sendiri walaupun dia orang asal orang Kelantan, tapi sebenarnya kita tahu dia dari Rompin.

“Di Bachok sendiri, apa yang saya lihat, dia menjenamakan pemimpin menggunakan alamat tempatan tapi hakikatnya kita dapat lihat pengundi bukan pengundi sini dan kampung halaman juga bukan di sini.

“Jadi sudah pasti lepas ini kalau sekali lagi kita beri peluang kepada orang luar maka kita akan sekali lagi diperdaya oleh pihak tertentu kerana sudah pasti mereka (calon) tidak akan berbakti di sini apabila mendapat kuasa.”

Ketika aktiviti menziarah beberapa penduduk yang uzur di Kampung Kemayang, Kampung Beris Gajah Mati dan Kampung Pauh Sembilan di DUN Tawang, Bachok, siang tadi, beliau berkata, perjuangan yang serius adalah perjuangan untuk bangunkan masyarakat setempat, bukannya sekadar memenangi pilihan raya.

Dalam pada itu, beliau turut berkongsi cita-citanya untuk menjenamakan semula Bachok sebagai destinasi pelancongan unggul yang boleh menarik pelaburan, sekaligus memberi kemakmuran kepada rakyat Kelantan.

 

Loading...
Terkini