comscore
Tumpuan :
Politik

PRU-15: Jentera PH Perak selesai 22 peratus kempen

Calon PH Ipoh Timor, Howard Lee beramah mesra dengan penduduk di Taman Ipoh, hari ini

Oleh Syafiqah Damanhuri

IPOH: Jentera Pakatan Harapan (PH) selesai berkempen pada kadar 22 peratus di Perak.

Ahli Jawatankuasa Tertinggi Pusat DAP, yang juga Calon PH Ipoh Timor, Howard Lee berkata angka itu tidak menggambarkan keseluruhan situasi namun pihaknya kini ghairah dalam memancing undi masyarakat.

“Kalau ikut laporan pagi tadi oleh seluruh jentera, PH di Perak sudah masuk 22 peratus selesai berkempen yang saya tahu.”

“Itu yang sudah lapor, ada juga yang tidak lapor. Kami berkempen bukan sahaja bermula pada Hari Penamaan Calon, gerak kerja sudah bermula sebelum itu juga.” katanya ketika ditemui Buletin TV3 ketika mendekati penduduk di Taman Ipoh tengah hari tadi.

Diaju mengenai dakwaan bahawa PH hanya fokus berkempen kepada penduduk bandar menurut Howard kenyataan itu tidak benar.

Bidasnya, PH meletakkan calon di semua kerusi di Perak dan tidak memilih untuk bertanding di kawasan bandar sahaja, malah turut mendekati masyarakat kampung.

Howard berdepan perlawanan 3 penjuru menentang calon Barisan Nasional, Ng Kai Cheong dan calon Perikatan Nasional, Nor Afzainizam Salleh.

Loading...
Terkini