comscore
Tumpuan :
Politik

PRU-15: Kazim Elias tarik diri bertanding

Datuk Mohd Kazim Elias.

IPOH: Pendakwah bebas, Datuk Mohd Kazim Elias menarik diri daripada bertanding mewakili Barisan Nasional (BN) di Parlimen Larut pada Pilihan Raya Umum ke-15.

Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Perak, Datuk Seri Saarani Mohamad mengumumkan perkara berkenaan pada Pengumuman Calon Barisan Nasional di sini, hari ini.

Saarani berkata, Mohd Kazim digantikan dengan Ketua Penerangan Pemuda UMNO Bahagian Larut, Mohd Shafiq Fhadly Mahmud.

Ketua Koordinator Komunikasi BN Mohd Shafiq Fhadly Mahmud.

“Mohd Shafiq menggantikan Mohd Kazim yang membuat keputusan menarik diri,” katanya pada majlis pengumuman berkenaan.

Pencalonan Ustaz Kazim diumumkan sendiri Pengerusi BN, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi pada Majlis Pengumuman Bakal Calon Parlimen BN di Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur, malam tadi.

Pemilihan tokoh agama itu berdasarkan populariti dan pengaruhnya di negeri Perak dan sesuai untuk berdepan calon Perikatan Nasional (PN), Datuk Seri Hamzah Zainudin di Larut.

Loading...
Terkini