comscore
Tumpuan :
Politik

PRU-15: Kejutan di Permatang Pauh, Nurul Izzah ketinggalan

 

Oleh Selwam Arjunan

PERMATANG PAUH: Kubu kuat Pakatan Harapan (PH), khususnya PKR, Permatang Pauh menyaksikan kejutan apabila Perikatan Nasional (PN) sedang mendahului dengan majoriti besar.

Calon PN, Fawwaz Md Jan mendahului dengan 28421 undi berbanding Nurul Izzah 22106 undi, manakala calon Barisan Nasional, Datuk Zaidi Said 12,267 undi.

Ia bermakna Fawwaz sedang mendahului dengan majoriti 6315 undi setakat jam 11.30 malam.

Kemenangan buat PN akan menyaksikan pengaruh keluarga Anwar Ibrahim di Permatang Pauh selama 40 tahun bakal berakhir jika keputusan ini kekal sehingga penjumlahan undi terakhir.

Pada PRU-14, Nurul Izzah memenangi kerusi Parlimen Permatang Pauh dengan 15,568 undi.

Loading...
Terkini