comscore
Tumpuan :
Politik

PRU-15: Kerajaan Persekutuan kukuh diperlukan untuk pulihkan ekonomi – Ismail Sabri

Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob menyerahkan Peranti Siswa kepada salah seorang penerima bagi Kawasan Parlimen Selangau.

SELANGAU: Kerajaan Persekutuan yang kukuh dan stabil diperlukan bagi meneruskan momentum pemulihan ekonomi negara pasca COVID-19 .

Menurut Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, terdapat tanda-tanda pemulihan ekonomi susulan pengumuman Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) Malaysia adalah yang terbaik di Asia Tenggara dengan kadar pertumbuhan sebanyak 14.2 peratus.

”Kerajaan yang stabil perlu dipilih untuk memberi peluang meneruskan agenda membangunkan ekonomi dan semua yang diperuntukkan untuk kepentingan rakyat,” katanya berucap pada Majlis Perasmian Lebuh Raya Pan Borneo Sarawak, Seksyen Selangau dan Penyerahan PerantiSiswa, hari ini.

Menjelas lanjut, ujar beliau pelaburan asing langsung (FDA) kini semakin meningkat, dagangan turut meningkat serta jualan perdagangan borong dan runcit naik lebih 20 peratus sekali gus menunjukkan bahawa ekonomi Malaysia terus berkembang berbanding negara lain

Justeru, jika kerajaan Barisan Nasional BN pimpinan beliau kekal selepas Pilihan Raya Umum ke 15 (PRU-15), bajet 2023 akan dibentangkan semula dengan kemungkinan penambahbaikan dilakukan .

“Ada kemungkinan juga mungkin ditambah baik jadi kita tengoklah selepas PRU-15 nanti sebab yang pentingnya kita perlu menang, itu yang penting supaya kita boleh bentangkan bajet yang sama.

“Kalau orang lain mengambil alih kita tidak tahu itu hak dia untuk membentangkan semula ataupun dia ada bajet lain. kita tidak boleh kawal,” katanya.

Ismail Sabri berkata, sebahagian besar intipati dalam manifesto BN yang diumumkan baru-baru ini adalah berdasarkan bajet terbabit.

Beliau juga yakin BN mampu memperoleh majoriti yang memungkinkan gabungan itu membentuk kerajaan persekutuan bersama Gabungan Parti Sarawak (GPS) dan gabungan parti daripada Sabah.

“Walaupun GPS bukan bersama kita dalam komponen Barisan Nasional tetapi dari segi sejarahnya kita dah mempunyai sejarah yang panjang kita memahami antara satu samaa lain.

“Kita memahami aspirasi rakyat sarawak sebab hubungan yang lama dan walaupun kita berbeza sekarang ini tetapi kita masih bersama,” katanya.

Loading...
Terkini