comscore
Tumpuan :
Politik

PRU-15: Kerusi panas P.075 Bagan Datuk jadi tumpuan

Oleh Rusyaidi Hafiz Shahid

BAGAN DATUK : Pertembungan 4 penjuru di Parlimen P075 Bagan Datuk bakal menyaksikan penyandangnya, calon Barisan Nasional, BN, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi dicabar oleh calon dari PH, Shamsul Iskandar Akin yang sebelum ini merupakan ahli parlimen Hang Tuah Jaya.

Zahid akan turut ditentang Doktor Muhammad Faiz Na’aman, daripada PN manakala seorang lagi calon bebas ialah bekas ahli Parlimen Umno, Tawfik Ismail .

Terdahulu, Tawfik Ismail calon yang paling awal tiba ke pusat penaman calon di Dewan Sri Gemilang Sek. Men. Sains Bagan Datuk. Diikuti oleh calon PN, Doktor Muhamad Faiz Na’aman pada jam 8:40 pagi.

Manakala calon bagi PH, Shamsul Iskandar Akin tiba pada jam 8:50 pagi disusuli Zahid pada jam 9:10 pagi. – BULETIN TV3

Loading...
Terkini