comscore
Tumpuan :
Politik

PRU-15: Kerusi Tanjung Piai jadi rebutan, AMANAH kecewa keputusan PH serah kepada MUDA

Ahli Jawatankuasa Pimpinan AMANAH Johor, Datuk Mazlan Aliman

Oleh Salina Zakaria

JOHOR BAHRU: AMANAH sekali lagi menzahirkan rasa kecewa terhadap keputusan Majlis Presiden Pakatan Harapan yang menyerahkan kerusi Parlimen Tanjung Piai kepada Parti Ikatan Demokratik, MUDA.

Menerusi satu kenyataan, Ahli Jawatankuasa Pimpinan AMANAH Johor, Datuk Mazlan Aliman berkata penyerahan kerusi sewajarnya dirunding semula sebagaimana telah diputuskan sebelum ini.

Dia turut menegaskan tindakan mempertahankan kerusi Parlimen Tanjung Piai oleh AMANAH penting selain tidak mahu kepimpinan parti itu dilihat lemah.

Malah keputusan sama telah membuatkan akar umbi meluahkan rasa tidak puas hati mereka.

Selain detik hitam katanya, akan berulang lagi sebagaimana Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor, Mac Lalu.

Ketika Itu, MUDA bertanding di Dewan Undangan Negeri, (DUN) Puteri Wangsa, yang turut gagal dipertahankan.

“Walaupun selepas isu kepentingan kerusi berkenaan diserahkan kepada Presiden, Mohamad Sabu dan Timbalannya, Datuk Seri Salahuddin Ayub”, katanya dalam kenyataan.

“Kerusi di Parlimen Ayer Hitam kekal menjadi milik DAP”.

Datuk Mazlan yang juga Bekas Ahli Jawatankuasa Amanah Pusat berkata AMANAH Johor perlu mengurus emosi dan moral ahli parti itu yang dilihat cukup terkesan dengan kontroversi melanda.

MUDA kelmarin, mengumumkan calonnya iaitu Ahli Jawatankuasa Eksekutif Pusat, Lim Wei Jiet sebagai calon Parlimen Tanjung Piai untuk bertanding pada PRU-15.

Loading...
Terkini