comscore
Tumpuan :
Politik

PRU-15: Khairuddin tolak kemungkinan BN, PN gabung bentuk kerajaan

Oleh Mohd Ishak Abdillah Ngah

KUALA NERUS: Bekas Setiausaha Majlis Syura Ulama PAS yang bertanding mempertahankan Kerusi Parlimen Kuala Nerus atas tiket Barisan Nasional, Datuk Mohd Khairuddin Aman Razali Attakiri berpendapat tidak akan berlaku pembentukan kerajaan antara BN dengan Perikatan Nasional (PN) selepas pilihan raya umum ke-15 (PRU-15).

“Saya tak mampak ia berlaku sebab pengerusi PN menafikan pula belum lagi masuk pilihan raya dah berlaku pertembungan. Jadi saya yakin rakyat tidak dapat menerima satu gabungan belum lagi menang dah bertelingkah.”

“Dah ada kenyataan balas saling balas membalas saya tak suka ulas panjang parti org lain tetapi itu keadaannya tak perlu saya jawab soalan apa pandangan sekiranya berlaku penggabungan dengan BN sebab mereka sendiri pun sedang bertelingkah,” ujarnya.

Khairuddin berkata demikian pada sidang media di Kuala Nerus, malam tadi.

Beliau diminta mengulas kenyataan Setiausaha Agung PAS Takiyuddin Hassan yang tidak menolak kemungkinan PN dan BN bergabung membentuk kerajaan selepas PRU-15, jika kedua-dua pihak gagal mendapat majoriti mudah membentuk kerajaan.

Pengerusi PN, Muhyiddin Yassin bagaimanpun menafikan kemungkinan itu.

Muhyiddin berkata beliau tidak pernah memberi mandat atau melantik Takiyuddin untuk berunding dengan BN.

Presiden PAS, Tan Sri Abdul Hadi Awang pula di Melaka kelmarin berkata parti itu rela menjadi pembangkang jika PN gagal mendapat majoriti mudah untuk membentuk kerajaan

Loading...
Terkini