comscore
Tumpuan :
Politik

PRU-15: Kita tak beri ikan, kita sedia pancing kepada rakyat – Zahid

Pengerusi BN, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi

Oleh Rusyaidi Hafiz Shahid

BAGAN DATUK: Tawaran pengeluaran khas Kumpulan Wang Simpana Pekerja (KWSP) secara bersasar yang diumumkan Perikatan Nasional (PN) dianggap tidak sesuai dan rasional dengan situasi ekonomi yang dijangka akan meleset pada tahun hadapan.

Jelas Pengerusi Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi, pengeluaran khas itu hanya relevan digunakan ketika berlakunya situasi yang kritikal contohnya ketika pandemik dahulu.

Ahmad Zahid mengulas lanjut, BN akan mengkaji pelbagai kaedah sebagai langkah pemulihan ekonomi di dalam negara seperti yang termaktub di dalam manifesto BN yang diumumkan semalam.

“Yang penting bukan kita memberi ikan kepada rakyat tetapi kita menyediakan pancing kepada rakyat ertinya kita tidak memberikan peluang untuk mereka mengeluarkan caruman untuk satu tempoh selepas persaraan mereka tetapi kita harus memberikan beberapa alternatif ataupun pilihan utk mereka supaya pendapatan dapat dipertingkatkan”

Menyentuh mengenai pembentangan manifesto BN, Ahmad Zahid yang juga calon Parlimen Bagan Datuk menjelaskan bahawa setiap calon BN di peringkat DUN dan Parlimen perlu memahami dan menghayati kandungan manifesto tersebut.

Ia kerana mereka yang akan melaksanakan dan memantau setiap isi baris kandungan di dalam manifesto itu di peringkat DUN dan Parlimen.

“Jadi penghayatan itu perlu dilakukan dari hanya memahami tetapi melakukan penghayatan kerana banyak perubahan-perubahan baru yang saya sebut sebagai ‘game changer’ yang tidak pernah dilakukan sebelum ini sebagai hidangan rakyat malaysia secara keseluruhannya,” katanya kepada Buletin TV3 selepas sesi taklimat dan perbincangan bersama ketua-ketua UMNO cawangan Bagan Datuk di Kompleks UMNO Bagan Datuk.

Loading...
Terkini