comscore
Tumpuan :
Politik

PRU-15: KJ mahu selesai isu doktor kontrak

Calon Parlimen Sungai Buloh, Khairy Jamaludin beramah mesra bersama petugas hospital ketika hadir merasmikan Sambutan Hari Pembantu Perawatan Kesihatan peringkat Hospital Sungai Buloh. – Foto: NSTP

KUALA LUMPUR: Khairy Jamaludin berjanji untuk terus memberi keutamaan kepada isu doktor kontrak sekiranya diberi tanggungjawab menggalas semula jawatan Menteri Kesihatan.

Menurutnya, perancangan itu akan dipastikan dapat diselesaikan sepenuhnya.

“Kita sudah mula dengan tawaran jawatan tetap yang paling besar sejak sistem kontrak ini diperkenalkan pada 2016. Saya akan memastikan setiap tahun ada penambahan jawatan tetap untuk mereka mohon.

“Kalau nak serapkan semua rasanya susah, tapi mereka tahu saya akan cuba sedaya upaya untuk mewujudkan sebanyak mungkin jawatan tetap untuk mereka mohon.

“Saya rasa itu adalah satu penyelesaian yang adil dan realistik. Jadi, isu doktor kontrak ini sudah mula diselesaikan dan akan terus diselesaikan di bawah perancangan saya. Dan jika diberi peluang untuk terus berkhidmat di Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), saya akan memastikan perancangan itu akan dapat dilaksanakan sepenuhnya,” katanya selepas ditemui pada Majlis Sambutan Hari Pembantu Perawatan Kesihatan Peringkat Hospital Sungai Buloh Tahun 2022, di Sungai Buloh, hari ini. – HARIAN METRO

Loading...
Terkini