comscore
Tumpuan :
Politik

PRU-15: Krisis dalaman PBM babitkan Zuraida, Larry Sng selesai

KUALA LUMPUR: Krisis dalaman Parti Bangsa Malaysia (PBM) membabitkan Datuk Zuraida Kamaruddin dan Presidennya, Datuk Larry Sng Wei Shien berjaya diselesaikan selepas kedua-duanya berkunjung ke pejabat Jabatan Pendaftaran Pertubuhan (ROS) di Putrajaya pagi ini.

Jabatan Penerangan dan Komunikasi PBM berkata, pimpinan tertinggi parti itu berjaya memurnikan hal berbangkit dan akan menumpukan usaha bagi berdepan Pilihan Raya Umum ke-15.

“Kepimpinan PBM bersetuju memutuskan senarai nama calon PRU-15 mewakili PBM yang akan diumumkan dalam masa terdekat. Larry akan menandatangani watikah calon yang bertanding,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Hal lain yang berkaitan dengan pentadbiran PBM akan dibincang dan diselesaikan selepas PRU-15 selesai.

Sebelum ini, Zuraida yang juga Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi, bersama 12 Ahli Majlis Tertinggi parti itu digantung keahlian oleh Larry berdasarkan Perlembagaan PBM Fasal 60 (iii) kerana pembabitan berterusan mereka yang didapati menggugat kepentingan parti dan kepemimpinannya.

Krisis dalaman PBM mula meruncing apabila Larry pada minggu lalu mendakwa, beliau masih Presiden PBM dan tidak pernah mengosongkan jawatan itu untuk diisi oleh Zuraida.

Zuraida sebelum ini berkata, PBM akan bertanding secara bersendirian tanpa pakatan dengan mana-mana parti lain atau blok parti termasuk Barisan Nasional (BN) pada PRU-15.

Loading...
Terkini