comscore
Tumpuan :
Politik

PRU-15: KuNan galas misi pertahan kerusi Putrajaya untuk penggal kelima

Oleh Wan Zairul Azri Wan Mohammad Sudin

PUTRAJAYA: Penyandang kerusi P125 Putrajaya, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor sekali lagi dipilih sebagai calon Barisan Nasional (BN) bagi mempertahankan kerusi Parlimen itu bagi penggal kelima buatnya pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15).

Pencalonan itu diumumkan oleh Pengerusi BN, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi pada Majlis Pengumuman Bakal Calon Parlimen BN di Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur (WTCKL) sebentar tadi.

Datuk Seri Tengku Adnan, 72 atau mesra dipanggil KuNan dijangka berdepan pertembungan tiga penjuru setakat ini iaitu daripada calon Perikatan Nasional (PN), Datuk Dr Radzi Jidin dan calon Pakatan Harapan (PH), Dr Noraishah Mydin Abdul Aziz.

Untuk rekod, Datuk Seri Tengku Adnan yang juga Bendahari UMNO adalah Ahli Parlimen pertama di Putrajaya sejak 2004 dan berjaya mempertahankan kerusi itu buat BN untuk empat penggal.

Pada PRU-14, bekas Menteri Wilayah Persekutuan itu menang dengan majoriti 3,372 undi mengalahkan calon PAS, Zainal Abidin Kidam dan calon PKR, Datuk Dr Samsu Adabi Mamat.

Loading...
Terkini