comscore
Tumpuan :
Politik

PRU-15: Letak ‘giant killer’ bukan jaminan tawan Perak – Zahid

Ahmad Zahid tiba di pusat penamaan calon di Sekolah Menengah Sains Bagan Datoh. – FOTO: NSTP

BAGAN DATUK: Meletakkan calon ‘giant killer’ di Perak bukan jaminan mereka mampu memenangi kerajaan negeri, kata Pengerusi Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.

“Terdapat tokoh politik yang bertanding di Perak, khususnya di Lembah Kinta. Tujuan mereka adalah untuk mengambil alih pentadbiran negeri di Perak.

“Tetapi kami percaya kepemimpinan Saarani (Datuk Seri Saarani Mohamad) dan ahli majlis eksekutif BN (EXCO). Kita perlu bermula di Bagan Datuk, ” katanya ketika berucap di hadapan ratusan penyokong BN berhampiran pusat penamaan calon.

Kenyataan Ahmad Zahid itu dipercayai merujuk kepada kerusi Parlimen Tambun yang menyaksikan pemimpin tertinggi parti bertanding membabitkan Timbalan Presiden BERSATU, Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu; Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Ketua UMNO Bahagian Tambun, Datuk Aminuddin

Beliau menambah parti itu perlu memenangi 112 kerusi untuk membentuk Kerajaan Persekutuan bagi meraih kemenangan dan percaya ia dapat dicapai dengan komitmen dan persediaan yang tinggi oleh calon dan jentera parti.

Penyandang kerusi Parlimen Bagan Datuk itu tiba di pusat penamaan calon di Sekolah Menengah Sains Bagan Datoh pada jam 9.13 pagi.

Terdahulu, Perikatan Nasional (PN) Dr Muhammad Faiz Na’aman tiba pada jam 8.30 pagi, diikuti oleh calon Pakatan Harapan (PH) Datuk Seri Shamsul Iskandar Mohd Akin.

Turut dilihat di pusat penamaan calon ialah bekas anggota Parlimen Sungai Benut, Tawfik Ismail yang juga anak lelaki Tun Dr Ismail Abdul Rahman yang sebelum ini mengumumkan akan bertanding sebagai calon bebas. – BERITA HARIAN

Loading...
Terkini