comscore
Tumpuan :
Politik

[VIDEO] PRU-15: Majikan tidak boleh potong gaji pekerja keluar mengundi

Oleh: Wan Zairul Azri Wan Mohammad Sudin

PUTRAJAYA: Majikan dalam sektor swasta yang mengenakan sebarang penalti atau memotong gaji pekerja yang tidak hadir bekerja kerana mengundi pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15) boleh didakwa di mahkamah.

Menteri Sumber Manusia, Datuk Seri M. Saravananmenegaskan tindakan itu adalah kesalahan mengikut subseksyen 25(1) Akta Kesalahan Pilihan Raya 1954 [Akta 5].

“Sehubungan itu, Kementerian Sumber Manusia menggesa semua majikan untuk memberikan kebenaran kepada pekerja bagi menunaikan tanggungjawab mereka sebagai pengundi,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Beliau berkata, mana-mana majikan yang tidak mematuhi peruntukan mengikut subseksyen 25(1) Akta 5 boleh didakwa dan didenda RM5,000 atau penjara setahun jika disabitkan kesalahan.

Mengulas lanjut, Datuk Seri M. Saravanan berkata, majikan perlu berbincang dengan pekerja berkenaan dengan opsyen untuk pemberian ‘time-off’, hari pelepasan berganti atau cuti tahunan bagi tujuan keluar pengundi.

“Selain itu, majikan boleh mengambil langkah-langkah seperti memberi ‘time-off’ kepada pekerja yang mengundi di tempat pengundian yang berdekatan atau memberi pelepasan kepada pekerja yang perlu mengundi di tempat pengundian yang jauh.

“Bagi pekerja yang memerlukan lebih daripada satu hari untuk ke tempat mengundi pula boleh mengambil cuti tahunan,” katanya.

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menetapkan 19 November ini sebagai tarikh pengundian manakala 15 November untuk pengundian awal. – BULETIN TV3

Loading...
Terkini