comscore
Tumpuan :
Politik

PRU-15: Mampukah ‘aura Che Lah’ kembalikan mandat pertahan kerusi Tumpat?

Datuk Che Abdullah Md Nawi

Oleh Salina Zakaria

PETALING JAYA: Tindakan Datuk Che Abdullah Md Nawi yang juga penyandang Parlimen Tumpat mengorak langkah bertanding atas tiket Barisan Nasional (BN) akan menjadi satu strategi politik yang menarik bagi kawasan parlimen itu.

Penganalisis Politik Dr. Azmi Hassan berkata ‘Che Lah’ juga perlu menggunakan auranya untuk menambat kembali pengundi kawasan berkenaan yang telah menyokong beliau sejak tahun 2008.

“Pastinya memberi tamparan hebat kepada PAS-Perikatan Nasional,” ujarnya ketika dihubungi TV3.

“Sebagaimana PN dilihat ‘menyambar’ Datuk Seri Shahidan Kassim apabila digugurkan di Parlimen Arau desas desus ‘Che Lah’ akan mewakili BN sudah terjawab,” katanya lagi.

“Masing-masing mempunyai strategi politik, siapa yang mampu menarik sokongan pengundi sama ada BN atau PN, bergantung juga atas aura masing-masing,”.

‘Che Lah’ sah bertanding atas tiket BN selepas mengisi borang pencalonannya di Pejabat Perhubungan UMNO di Kota Bharu, pagi tadi.

Tindakan itu dilakukan selepas namanya digugurkan sebagai calon Perikatan Nasional di Kelantan.

Loading...
Terkini