comscore
Tumpuan :
Politik

PRU-15: Manifesto GPS jamin Sarawak stabil, maju, makmur

FOTO: NSTP

KUCHING: Gabungan Parti Sarawak (GPS) menggariskan lima tonggak utama di dalam manifesto pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15) yang bertemakan ‘Menjamin Sarawak Stabil, Maju, Makmur’.

Perkara utama dalam lima tonggak itu GPS menjanjikan politik, sosial, ekonomi dan kewangan stabil dan mampan yang diterajui kepimpinan yang mengutamakan masa depan Sarawak.

Keduanya memastikan pembangunan infrastruktur dan kemudahan bandar serta luar bandar dititikberatkan demi kesejahteraan rakyat

Tonggak ketiga, menjamin transformasi ekonomi dan pelbagai sumber kewangan mampu meningkatkan pendapatan bagi memacu pembangunan Sarawak.

Tonggak keempat pula menyediakan latihan modal insan dan keadilan sosial serta agama diutama manakala kelima memastikan tadbir urus cekap dan berintegriti berprestasi tinggi sebagai pemangkin kemajuan Sarawak.

Pengerusi GPS, Tan Sri Abang Johari Abang Openg berkata, pihaknya berjanji dan komited untuk melaksanakan 25 teras di dalam lima tonggak utama manifesto itu yang menjamin semua lapisan masyarakat sama ada di bandar atau luar bandar mendapat pembelaan sewajarnya.

Menurutnya, GPS bertekad pada PRU-15 ini untuk menawarkan manifesto yang menyeluruh dan inklusif berpaksikan kepentingan rakyat dan mengutamakan kepentingan negara. – BERITA HARIAN

Loading...
Terkini