comscore
Tumpuan :
Politik

[VIDEO] PRU-15: Manifesto PEJUANG letak pegawai tertinggi kerajaan bawah parlimen cakap kosong -Tok Mat

Oleh Izzatie Rizan

REMBAU: Pengarah Pilihan Raya Barisan Nasional (BN) Datuk Seri Mohamad Hassan menyifatkan hasrat Pejuang untuk meletakkan sembilan pegawai tertinggi kerajaan bawah bidang kuasa Parlimen dalam manifesto mereka adalah cakap kosong untuk menipu rakyat semata-mata.

Beliau berkata perkara itu tidak pun dilaksanakan ketika mereka memenangi Pilihan Raya Umum ke -14 bersama Pakatan Harapan (PH) sebaliknya melantik individu yang berkepentingan politik menjawat jawatan tersebut.

Beliau berkata demikian ketika mengulas ikrar Pejuang dalam pengumuman manifestonya yang disampai Pengerusi Pejuang, Tun Dr Mahathir Mohamad malam tadi.

“Apa yang dilakukan mereka ketika memerintah negara? Mereka tak peduli pun supaya jawatan-jawatan tersebut dipilih dalam kalangan mereka yang tak berkepentingan politik”.

“Jelas tidak begitu… Tommy Thomas itu peguam Lim Guan Eng, Latifah Koya; Ahli Majlis Tertinggi PKR, mereka hanya tahu cakap sahaja tapi tak buat pun,” katanya kepada Buletin TV3 pada Program Bersama Pekebun Kecil Risda di Cengkau, Rembau petang tadi.

Mengulas lanjut perlantikan setiap pegawai tertinggi kerajaan perlu dilaksanakan mengikut lunas undang-undang yang betul sebagai contoh Ketua Hakim Negara yang pelantikannya dibuat menerusi Suruhanjaya Pelantikan Kehakiman (JAC) tanpa perlu melibatkan campur tangan pihak lain.

“Tapi bila mereka Suruhanjaya Pelantikan Kehakiman bagi nama tak mahu pakai,dipilihnya nama lain jadi untuk apa perlunya Suruhanjaya Pelantikan,”

“Setiap untuk apa Suruhanjaya ini diwujudkan? Kita buat sesuatu undang-undang untuk dilaksanakan bukan kita membelakangkan undang-undang,” tegasnya.

Pejuang menerusi manifestonya berkata sembilan ‘kuasa kedaulatan negara’ terbabit ialah Peguam Negara, Ketua Polis Negara, Ketua Hakim Negara, Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Ketua Turus Angkatan Tentera, Ketua Setiausaha Negara, Ketua Setiausaha Perbendaharaan, Ketua Audit Negara dan Gabenor Bank Negara.

Loading...
Terkini