comscore
Tumpuan :
Politik

PRU-15: Masa itu Mahathir, bukan Anwar – Anwar Ibrahim

Oleh Ridhwan Rusydi Azri Roslan

SEGAMAT: Pengerusi Pakatan Harapan (PH) Datuk Seri Anwar Ibrahim, mengingatkan Gabungan Parti Sarawak (GPS) pengalaman buruk ketika tempoh pemerintahan 22 bulan Pakatan Harapan, berlaku ketika era pentadbiran Tun Dr Mahathir Mohamad.

Datuk Seri Anwar mengulas kenyataan Pengerusi (GPS) Tan Sri Abang Johari Tun Openg yang enggan mengulangi kesilapan lalu, apabila kerajaan PH gagal menunaikan janji pilihan raya kepada Sarawak.

“Saya nak ingatkan sahabat saya Abang Jo (Tan Sri Abang Johari Tun Openg). Ketika itu, Mahathir jadi Perdana Menteri, dan kali ini, Pakatan Harapan dibawah Anwar Ibrahim.

“Dia kenal saya, dan dia tahu kita komited dengan apa yang kita janji macam Perjanjian Malaysia 1963 (MA63), beri cuti pada 16 September. Semua itu kita yang kemukakan. Jadi kita tumpu pada dasar dan apa yang kita boleh tawarkan pada rakyat,” katanya selepas bertemu peniaga dan orang ramai di Greenland Tea House, Segamat.

Tambahnya, Pengerusi GPS itu bukan sahaja sering mengkritik partinya, namun turut mengkritik Barisan Nasional dan Perikatan Nasional.

Terdahulu, Premier Sarawak, Tan Sri Abang Johari Tun Openg menyifatkan tempoh pemerintahan 22 bulan pakatan harapan sebelum ini sebagai pengalaman buruk yang mesti dielakkan.

Katanya, beliau mahu pengundi memastikan pembentukan sebuah kerajaan persekutuan yang berwibawa dan kompeten.

Loading...
Terkini