comscore
Tumpuan :
Politik

PRU-15: MIC tunggu pengumuman calon oleh pucuk pimpinan – Saravanan

Timbalan Pengerusi MIC, Datuk Seri M Saravanan beramah mesra dengan tetamu yang hadir pada Rumah Terbuka Deepavali 2022 di Arena Merdeka, hari ini.

TAPAH: Timbalan Pengerusi MIC, Datuk Seri M Saravanan menafikan dakwaan bahawa parti masih tiada hala tuju untuk berdepan Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15) berikutan dilihat masih tidak dapat menentukan kerusi bertanding.

“Calon MIC sudah mengenalpasti kawasan dan mereka sedang bekerja dalam kawasan tertentu, cuma pengumuman kerusi akan dibuat pucuk pimpinan Barisan Nasional,” katanya kepada pemberita selepas menghadiri Rumah Terbuka Deepavali 2022 di Arena Merdeka hari ini.

Beliau mengulas kenyataan yang dikeluarkan sebuah portal mendakwa MIC hilang arah tuju dalam berdepan pilihanraya.

“Kita ini bukan macam parti ‘kampung’, kita ikut peraturan sebarang pengumuman akan dibuat pucuk pimpinan.

“Hari ini BN akan menamakan calon, jadi kita tidak boleh mendahului pucuk pimpinan,” tegasnya.

Dalam pada itu, Penyandang Parlimen Tapah itu mengesahkan calon untuk kerusi Cameron Highlands diberi kepada UMNO

Loading...
Terkini