comscore
Tumpuan :
Politik

PRU-15: Muat naik hantaran fitnah, KJ lapor polis, SKMM

Foto: NSTP

KUALA LUMPUR: Calon Barisan Nasional (BN) Parlimen Sungai Buloh, Khairy Jamaluddin membuat laporan polis terhadap satu akaun pengguna Twitter yang memuat naik tangkap layar yang dikatakan perbualan aplikasi WhatsApp berunsur fitnah membabitkan beliau.

Khairy berkongsi tangkap layar itu menunjukkan muat naik Dr Bigger balls / Membalak @apanakdikato yang menunjukkan tangkap layar WhatsApp dengan kapsyen ‘KJ mengamok (mengamuk) plak (pula) guys..

Menteri Kesihatan itu melalui Twitter berkata, satu laporan polis dan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (SKMM) dibuat terhadap pengguna akaun berkenaan.

“Fake (palsu). Tak perlu sebar fitnah ‘black ops’, “source: trust me bro” macam ni.

“Laporan polis dan SKMM akan dibuat termasuk terhadap akaun Dr Bigger balls ini.

“Tolak fitnah dan politik kotor. Fokus pada #KitaJagaSungaiBuloh#KJ4SB,” katanya yang berkongsi ciapan di Twitter jam 8.59 pagi hari ini.

Dalam tangkap layar yang dikongsikan, pengguna milik akaun Twitter Dr Bigger balls menunjukkan tangkap layar perbualan WhatsApp yang didakwa sebagai KJ bersama seseorang yang memperlihatkan calon BN Sungai Buloh itu memberi arahan untuk ‘pecah undi’ di Rembau bagi tujuan musnahkan calon BN ‘Tok Mat’ (Datuk Seri Mohamad Hasan). – BERITA HARIAN

Loading...
Terkini