comscore
Tumpuan :
Politik

PRU-15: Nik Abduh, Che Abdullah digugurkan

KOTA BHARU: Penyandang Parlimen Bachok, Nik Mohamad Abduh Nik Abdul Aziz dan penyandang Parlimen Tumpat, Datuk Che Abdullah Mat Nawi digugurkan sebagai calon Perikatan Nasional (PN) di Kelantan pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU-15).

PN Kelantan mempertaruhkan calon muka baharu yang juga Setiausaha Politik kepada Presiden PAS
Muhamad Shahir Che Sulaiman sebagai calon di Parlimen Bachok.

Manakala, bagi kerusi Parlimen Tumpat, PN mengumumkan EXCO Kebajikan, Pembangunan Keluarga dan Wanita Negeri Kelantan, Datuk Mumtaz Md Nawi sebagai calon di kerusi berkenaan.

Pengumuman itu sekali gus mengesahkan desas desus bahawa dua penyandang itu digugurkan.

Majlis pengisytiharan calon PRU-15 itu dibuat oleh Pengerusi PN Kelantan, Datuk Ahmad Yakob malam tadi.

Loading...
Terkini