comscore
Tumpuan :
Politik

PRU-15: Parlimen Petra Jaya, Santubong dan Kapit saksikan pertembungan tiga penjuru

Oleh Kadir Edison

KUCHING : Kerusi Parlimen Petrajaya, Kapit dan Santubung menyaksikan pertarungan tiga penjuru pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15) kali ini.

Pengumuman rasmi dilakukan Pegawai Pengurus Pilihan Raya di kawasan kerusi Parlimen terbabit selepas selesai tempoh bantahan sekitar jam 11.00 pagi tadi

Bagi kerusi parlimen Petrajaya , penyandangnya dari Gabungan Parti Sarawak GPS, Datuk Seri Fadillah Yusof akan berdepan calon daripada Pakatan Harapan (PH) Sophian Julaihi dan calon dari Parti Sedar Rakyat Sarawak SEDAR, Datuk Othman Abdillah.

Fadilah tiba di pusat penamaan calon sekitar jam 8.50 pagi bersama pencadang yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri ADUN Tupong, Fazruddin Abdul Rahman dan disokong oleh Hanifah Saed.

Sementara itu, Datuk Seri Nancy Shukri yang akan bertanding di kerusi Parlimen Santubong selepas berpindah dari kerusi Parlimen Batang Lupar berdepan calon PH, Mohd Zen Peli dan calon bebas Afendi Jeman.

Pengumuman senarai calon bertanding dibuat oleh Sopie Jaafar selaku Pegawai Pengurus Pilihan Raya bagi kerusi Parlimen terbabit jam 11.06 pagi .

Bagi kerusi Parlimen Kapit pula, penyandang, Datuk Seri Alexander Nanta Linggi pula berdepan calon dari Parti Bansa Dayak Sarawak PBDS Robert Saweng dan calon PH daripadaParti keadilan Rakyat PKR Khusyairy Pangkas @ Pangkas Unggang.

Alexander tiba di pusat penamaan calon di Bilik Mesyuarat Utama Kompleks Kerajaan Negeri di Kapit pada jam 7.18 pagi manakala Khusyairi dann Robert masing-masing tiba sekitar jam 8.05 pagi dan 8.30 pagi.

Pengumuman rasmi senarai calon bertanding di parlimen berkenaan dibuat oleh Pegawai Pengurus Pilihan Raya Parlimen Kapit, Ceisologo Sabut . – BULETIN TV3

Loading...
Terkini