comscore
Tumpuan :
Politik

[VIDEO] PRU-15: Parti politik tidak perlu memperalatkan agama raih undi

Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Mahdzir Khalid

Oleh Zulfakhri Shamsul Ariffin

SUNGAI PETANI: Mana-mana calon yang bertanding dalam Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15) diingatkan untuk tidak memainkan sentimen agama secara ekstrim untuk meraih undi.

Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Mahdzir Khalid berkata, semua kempen parti perlu dijalankan secara bersederhana kerana Malaysia merupakan negara majmuk yang mempunyai pelbagai bangsa dan agama.

“Tak perlu buat fatwa dan dalil yang macam-macam ketika musim PRU ni.

“Berita mengenai dalil ni pun dah jadi sesuatu yang sering dimomokkan, sebaliknya berkempenlah secara profesional, katanya kepada Buletin TV3 hari ini.

Jelasnya lagi, rakyat tidak memerlukan dalil, sebaliknya mereka mempunyai buah fikiran sendiri untuk membuat keputusan.

Beliau berkata demikian selepas merasmikan pelancaran jentera Barisan Nasional (BN) Sungai Petani petang tadi.

Tambahnya, setiap parti perlu memberikan keyakinan kepada rakyat supaya mereka boleh memilih secara rasional.

Tambah beliau, BN tetap dengan pendirian melantik Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob sebagai Perdana Menteri selepas tamat PRU-15 seperti yang dipersetujui semua ahli parti berkenaan.

Tegasnya, budaya fitnah dalam berkempen tidak diperlukan untuk mengaburi mata pengundi.

Loading...
Terkini