comscore
Tumpuan :
Politik

PAS Tentukan Senarai Pendek Calon PRU-15 Hari Ini

Oleh Buletin TV3

PUTRAJAYA: PAS akan bermesyuarat hari ini bagi menyenarai pendek calon untuk bertanding pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15).

Naib Presiden, Datuk Idris Ahmad, berkata senarai calon yang hampir dimuktamadkan itu terdiri daripada pelbagai golongan termasuk orang muda, pensyarah ,ulama dan aktivis masyarakat.

“Senarai yang bakal bertanding akan dimuktamadkan sebelum hari penamaan calon,” katanya kepada pemberita pada Majlis Perasmian Inisiatif Lelaki Qawwam di sini hari ini.

PAS sebelulm ini, mengumumkan akan bertanding di lebih 60 kerusi Parlimen menggunakan lambang parti itu untuk tiga negeri iaitu Kelantan, Terengganu dan Kedah pada PRU-15.

Presidennya, Tan Sri Abdul Hadi Awang, dilaporkan berkata, jumlah kerusi yang ditandingi PAS itu diputuskan jawatankuasa perundingan kerusi Perikatan Nasional (PN) dan pembahagian kerusi berkenaan belum dimuktamadkan kerana masih dalam proses rundingan.

Sementara itu, Idris yang juga Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) masih lagi berteka-teki sama ada akan bertanding di Parlimen Bukit Gantang di Perak berikutan namanya disebut-disebut akan dicalonkan bertanding di kerusi itu.

Loading...
Terkini