comscore
Tumpuan :
Politik

PRU-15: Pecutan akhir Asmaiza, santuni pengundi tinggal di luar Chuping

Asmaiza Ahmad, calon BN DUN Chuping ditemui ketika menyantuni pengundi di luar kawasan.

Oleh Amira Suraini Che Mohamad

PADANG BESAR: Berbaki kurang 48 jam sebelum tempoh berkempen tamat, calon Barisan Nasional (BN) Dewan Undangan Negeri (DUN) Chuping melakukan pecutan akhir dengan menyantuni pengundinya yang tinggal di luar kawasan.

Asmaiza Ahmad yang merupakan penyandang DUN itu berkata, dia telah berjumpa kira-kira 100 pengundi di luar kawasan Chuping yang tinggal bersempadan di Beseri.

“Mereka ini merupakan pengundi di DUN Chuping dahulunya sebelum persempadanan semula kawasan pengundian dilakukan pihak SPR (Suruhanjaya Pilihan Raya). Antaranya di Kampung Paya Kelubi, Bagan Manis dan Seri Berangan.

“Saya mengutamakan ‘personal touch’ sepanjang berkempen, saya harap kehadiran saya akan membantu BN terus kekal di Chuping,” katanya ketika ditemui di Beseri.

 

Beliau juga dilihat turut berkempen mewakili calon Parlimen Padang Besar, Datuk Zahida Zarik Khan yang masih dalam tempoh edah.

“Jika wakil dari Parlimen Padang Besar nanti diberikan kepercayaan menyertai kerajaan negeri dan Kabinet sudah pasti segala faedah lebih besar akan dapat dinikmati oleh pengundi,” katanya.

Sementara itu, pengundi yang ditemui berkata, mereka tetap merasai ‘aura’ calon Parlimen Padang Besar meskipun tidak bertemu empat mata dengan Datuk Zahida.

Di Parlimen Padang Besar, Zahida ditentang penyandangnya, Datuk Zahidi Zainul Abidin (Bebas), Ko Chu Liang (Warisan), Rushdan Rusmi (PN) dan Muhammad Saad @ Yahya (PH) dalam pertembungan lima penjuru.

Yahaya Tot, 75 tahun, pengundi DUN Chuping yang tinggal di luar kawasan
Loading...
Terkini