comscore
Tumpuan :
Politik

PRU-15: Pembangkang henti kelirukan pengundi

Datuk Seri Mahdzir Khalid

Oleh Kumaran Rajamoney

KUALA NERANG: Parti pembangkang disaran untuk tidak mengelirukan pengunditentang siapa calon Perdana Menteri dari Barisan Nasional (BN), pasca Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU-15).

Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Mahdzir Khalid berkata keputusan memilih Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob sebagai Perdan Menteri sudah dimuktamadkan parti itu dalam mesyuarat Majlis Kerja tertinggi (MKT) UMNO.

“Mesyuarat itu dipengerusikan sendiri oleh Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi. Beliau sendiri bersetuju dengan keputusan itu.

“Malah, 156 bahagian UMNO termasuk Bagan Datoh telah membawa usul yang sama. Jadi, Datuk Seri Ismail adalah calon Perdana Menteri PRU-15 BN. Titik,” katanya ketika ditemui selepas merasmikan Mesyuarat Agung Koperasi Pekerja Gula Padang Terap Berhad Kali Ke-20 di sini, hari ini.

Beliau berkata demikian mengulas dakwaan pimpinan pembangkang yang mengulangi kenyataan bahawa Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi adalah calon Perdana Menteri sekiranya BN memenangai PRU-15.

Perkara itu sebelum ini turut dibidas Presiden UMNO dan menyifatkan dakwaan berkenaan usaha pihak tertentu untuk memecah belahkan parti.

Loading...
Terkini