comscore
Tumpuan :
Politik

[VIDEO] PRU-15: Pengundi Bakri perlu berani

Oleh Ridhwan Rusydi Azri Roslan

BAKRI: Pengundi Bakri perlu berani memberi perubahan dengan tidak lagi memberi undi kepada Pakatan Harapan (PH) dan DAP dalam Pilihan Raya Umum 15 (PRU15).

Calon Barisan Nasional Parlimen Bakri, Lee Ching Yong mendakwa, walaupun sudah memegang kerusi parlimen selama tiga penggal, namun masih banyak isu rakyat yang masih gagal diselesaikan.

“Banyak isu di kawasan ini yang sudah 15 tahun berlarutan, bila DAP setiap lima tahun dia cuba mengakibatkan kaum Tionghua dalam keadaan dilema serba salah nak pilih siapa, rakyat anggap selepas mereka menang banyak isu boleh diselesaikan, namun ia tak berlaku.”

Selain itu dakwanya, DAP hanya menjadikan kawasan berkenaan sebagai tempat persinggahan wakil rakyat, dan tidak serius dalam menjaga kebajikan penduduk.

“DAP selalu menggunakan pelbagai taktik untuk memujuk kaum Tionghua untuk menyokong mereka, tapi apa yang mereka pujuk itu, alasan yang mereka gunakan itu, kalau kita fikir dengan fikiran yang waras, memang tak boleh diterima akal,” katanya.

Bagi calon parlimen Pakatan Harapan, Tan Hong Pin pula, apa yang dikatakan calon BN itu merupakan fitnah semata.

“Itu fitnah. Walaupun DAP tukar calon, tapi bukannya kami tukar berkali-kali. Sebelum ini, kita ada YB Er Teck Hwa, dan kemudian Yeo Bee Yin ambil alih di sini.

“Dia ada sebab lain untuk dia balik ke tempat yang dekat dengan rumah dia. Semua ini berlaku atas sebab-sebab yang tak dapat dielakkan. Bukannya DAP sengaja buat benda ini, tidak. Kami memang serius,” katanya ketika ditemui Buletin TV3 siang tadi.

Sementara itu, penduduk Bakri meluahkan ketidak selesaan mereka dengan tindakan PH menukar wakil rakyat.

“Kalau di Malaysia tak konsisten, perkara ini akan berturutan. Jadi yang menanggung seksanya nanti, rakyat. Yang di atas berebut-rebut kuasa,”’ kata penduduk, Nashruddin Osman.

“Masalah kepimpinan di sini, biasanya bila dia menang, tak nampak pun wakil rakyatnya. Masa musim pilihan raya, barulah dia datang,” kata Paulizan Amin

Pada PRU ke 14, kerusi PH dimenangi calon PH Yeo Bee Yin menewaskan calon BN dan PAS dengan majoriti 23,211 undi.

Loading...
Terkini