comscore
Tumpuan :
Politik

PRU-15: Penyokong parti berpakaian pengantin curi tumpuan

Kehadiran penyokong memperagakan busana pengantin mencuri tumpuan pada hari penamaan calon bagi PRU-15 di Parlimen Simpang Renggam.

KLUANG: Kehadiran penyokong memperagakan busana pengantin mencuri tumpuan pada hari penamaan calon Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU-15) kerusi Parlimen Simpang Renggam.

Mohd Sailan Saidi, 54, dan Nur Mizatulamni Mohd Rafie, 25, kelihatan menarik memakai pakaian pengantin merah bagi memberikan sokongan kepada calon Pakatan Harapan (PH), Dr Maszlee Malik, di Dewan Muafakat Majlis Daerah Simpang Renggam.

Penyokong terbabit memaklumkan bahawa idea busana pengantin berkenaan adalah idea Maszlee sendiri bagi memberi kelainan, selain menaikkan semangat dan menceriakan lagi suasana pada hari penamaan calon. – BERITA HARIAN

Loading...
Terkini