comscore
Tumpuan :
Politik

PRU-15: Penyokong PN, PH saling memprovokasi di Parlimen Alor Gajah

Aksi provokasi antara penyokong PH dan PN di Lendu. – Foto: Nazri Abu Bakar

ALOR GAJAH: Suasana provakasi tercetus membabitkan penyokong parti Pakatan Haraoan (PH) dan Perikatan Nasional (PN) di perkarangan pintu masuk utama Pusat Penamaan Calon Parlimen Alor Gajah, di Lendu di di sini.

Kedua-dua kumpulan penyokong yang berhadapan antara satu sama lain dan dipisahkan jalan utama Alor Gajah-Masjid Tanah berbalas pandangan selepas calon masing-masing masuk ke dewan penamaan calon.

Sementara penyokong Barisan Nasional dan PEJUANG pula dilihat tenang di sebelah pintu keluar Pusat Penamaan di Dewan Taming Sari Universiti Teknologi MARA (UiTM) Alor Gajah di Lendu .

Calon Parlimen Alor Gajah menyaksikan pertembungan Ketua Penerangan UMNO, Shahril Sufian Hamdan dari Barisan Nasional (BN) berdepan bekas Ketua Menteri Melaka, Adly Zahari yang mewakili Pakatan Harapan (PH), penyandang kerusi itu, Datuk Seri Mohd Redzuan Yusof dari Perikatan Nasional (PN) dan Muhammad Nazriq Abdul Rahman dari PEJUANG. – BERITA HARIAN

Loading...
Terkini