comscore
Tumpuan :
Politik

PRU-15: Perdana Menteri rayu pengundi Sungai Buloh beri sokongan kepada Khairy

KOTA DAMANSARA: Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, berkata Barisan Nasional (BN) kekal dengan keputusan melantik tiga Timbalan Perdana Menteri jika gabungan itu menang pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15).

Perdana Menteri bagaimanapun tidak menjelaskan sama ada sudah menetapkan calon bagi jawatan berkenaan, namun berkata ia akan dimuktamadkan kemudian.

“Kita menang dulu, kita belum bincang lagi (calon TPM), calon daripada UMNO, Sabah dan Sarawak, semuanya keputusan selepas kita menang (PRU-15),” katanya, di sini, malam ini.

Beliau berkata demikian mengulas syor menamakan calon BN Parlimen Sungai Buloh, Khairy Jamaluddin, sebagai antara calon bagi jawatan Timbalan Perdana Menteri, jika BN menang pada PRU-15

Terdahulu, Ismail Sabri dan Khairy meluangkan masa menjamu selera dan beramah mesra bersama kira-kira 300 penduduk setempat di sebuah warung berhampiran.

Yang turut hadir, Pengerusi BN Selangor, merangkap Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi, Tan Sri Noh Omar.

Dalam pada itu, Perdana Menteri turut merayu pengundi Sungai Buloh untuk memberi sokongan kepada Khairy, yang juga Menteri Kesihatan, pada PRU-15.

“Saya menyeru semua pengundi di Sungai Buloh, yang juga ahli Keluarga Malaysia untuk menyokong memilih Khairy di Parlimen Sungai Buloh,” katanya, yang juga calon BN

Loading...
Terkini