comscore
Tumpuan :
Politik

PRU-15: Pikat yang baru, yang lama disantuni

Oleh Mohd Ishak Abdillah Ngah

MARANG: Calon BN Parlimen Marang, Jasmira Othman menggunakan strategi mendekati pengundi muda dalam meraih sokongan pada Pilihan Raya Umum Ke 15.

Suara anak muda menjadi aspirasi untuknya memperhalusi kehendak  golongan sasar itu ketika berkempen.

Walaupun cuba memikat pengundi muda, pengundi lama tetap disantuni.

Beliau yang juga peguam syarie mengakui berdepan laluan sukar sebagai calon ‘underdog’ bertembung calon ‘heavyweight’ dari Pas iaitu Datuk Seri Abdul Hadi Awang, beliau tetap berusaha keras untuk merampas kerusi parlimen itu.

“Saya tidak menyerang lawan saya secara peribadi. Ketika berkempen saya melihat di Marang ini mempunyai keahlian Umno paling ramai dari Ahli Pas. Bagaimanapun saya memberi fokus kepada pengundi muda dan juga pengundi atas pagar”

“Ramai anak muda menyuarakan sokongan kepada BN kali ini dan saya berharap mereka menberi mandat kepada saya pada 19 November ini”, katanya ketika ditemui berkempen di Kampung Jerung Seberang, Marang.

Kerusi Parlimen Marang menyaksikan saingan empat penjuru antara calon BN, Jasmira, Datuk Seri Abdul Hadi Awang, PAS, Azhar Ab Shukur, PH dan calon Pejuang, Zarawi Sulong.

Pada PRU-14, Abdul Hadi menang kerusi Parlimen Marang dengan majoriti 21,954 undi. – BULETIN TV3

Loading...
Terkini