comscore
Tumpuan :
Politik

PRU-15 : PKR gugur beberapa ‘pejuang’ lama

Anwar berucap pada Malam Pengumuman Calon Keadilan oleh dan Majlis Menandatangani Ikrar Pencalonan. Padang MPAJ Taman Kosas, Ampang.

KUALA LUMPUR : Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim menyifatkan proses pemilihan calon yang akan bertanding untuk parti itu pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU-15) sebagai satu tugasan sukar kerana terpaksa menggugurkan beberapa ‘pejuang’ lama yang telah berkhidmat kepada rakyat.

Beliau berkata, keputusan menggugurkan mereka terpaksa dibuat kerana mahukan ada peralihan kuasa dalam kalangan individu yang menjadi calon parti.

“Menggugurkan beberapa Ahli Parlimen yang telah menjadi sahabat lama dan menggantikannya dengan muka baharu tidak mudah kerana kita belum tahu bagaimana (pencapaian) mereka yang baharu.

“Tetapi kita berpendapat, mesti ada peralihan kuasa dalam parti, tidak boleh orang yang sama kekal.

Jadi saya harap rakan-rakan yang tidak mendapat tempat (menjadi calon) agar tidak berasa hati, ingat sumpah keramat bahawa perjuangan dalam parti bukan semata untuk menjadi calon sebaliknya, berjuang untuk membela nasib rakyat,” katanya

Anwar, yang juga Pengerusi Pakatan Harapan (PH), berkata demikian pada Malam Pengumuman Calon PKR di Padang Majlis Perbandaran Ampang Jaya (MPAJ) Taman Kosas, Ampang, di sini, malam tadi.-BU;LETIN TV3

Loading...
Terkini