comscore
Tumpuan :
Politik

PRU 15: PKR kekal 3 penyandang, 1 muka baru di Pulau Pinang

Oleh Selwam Arjunan

GEORGE TOWN: PKR mengekalkan tiga penyandang termasuk Nurul Izzah Anwar dan seorang muka baru bagi empat kerusi Parlimen di Pulau Pinang dalam Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU-15).

Nurul Izzah yang juga bekas Ahli Parlimen Lembah Pantai bakal bertanding untuk mempertahankan kerusi Permatang Pauh buat kali kedua setelah memenanginya dalam PRU-14.

Bagi kerusi Nibong Tebal, PKR mempertaruhkan muka baru iaitu Ketua Wanita PKR, Senator Fadhlina Sidek yang bertanding buat kali pertama dalam PRU.

Beliau menggantikan Timbalan Menteri Alam Sekitar dan Air, Datuk Mansor Othman yang memenangi Nibong Tebal pada PRU-14, namun menyertai Parti Pribumi Bersatu Malaysia selepas Langkah Sheraton.

Sementara itu, bekas Timbalan Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Sim Tze Tzin bakal mempertahankan kerusi Bayan Baru bagi penggal ketiga berturut-turut.

Manakala bekas Timbalan Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya, Muhammad Bakhtiar Wan Chik juga akan mempertahankan kerusi Balik Pulau buat kali kedua.

Mencuri tumpuan, PKR tidak menamakan calon bagi Parlimen Kepala Batas yang merupakan kerusi tradisi parti berkenaan, sekaligus memperkuatkan ura-ura bahawa kerusi berkenaan telah peruntukkan kepada Parti MUDA dalam PRU-15.

MUDA bakal mengumumkan calonnya pada malam esok (Sabtu).

Pengumuman calon PKR dibuat dalam Malam Pengumuman Calon keadilan di Padang MPAJ Taman Kosas, Ampang malam tadi yang dihadiri Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim, Timbalannya Rafizi Ramli serta barisan kepimpinan dan calon.

Loading...
Terkini