comscore
Tumpuan :
Politik

PRU-15: PKR Umum Nama Calon Berprofil Tinggi Hari Ini

Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

KUALA LUMPUR: Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim akan mengumumkan menamakan calon berprofil tinggi dan kemasukan tokoh pelbagai latar belakang dalam Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU-15) hari ini.

Pengumuman yang akan dibuat bersama Timbalan Presiden PKR, Rafizi Ramli itu dijadual diumumkan pada sidang media di ibu pejabat PKR di Petaling Jaya, petang ini.

Media sebelum ini melaporkan Anwar, berkata anaknya, Nurul Izzah kemungkinan besar kekal bertanding mempertahankan kerusi Parlimen Permatang Pauh pada PRU15.

Mengulas spekulasi bahawa Naib Presiden PKR itu akan berpindah bertanding di Parlimen Ampang dan kerusi Permatang Pauh disandangnya bakal ditandingi Ketua Wanita PKR, Fadhlina Sidek, Anwar dalam nada berseloroh, berkata cadangan itu boleh dipertimbangkan. – BERITA HARIAN

Loading...
Terkini