comscore
Tumpuan :
Politik

PRU-15: PM santuni pengunjung pekan sehari Kerayong

Oleh Fazli Ahmad

BERA: Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob memulakan sesi kempen beliau dengan mengunjungi Pasar Sehari Kerayong, di sini pagi ini.

Ketibaan beliau bersama calon Barisan Nasional (BN) bagi DUN N37 Guai, Datuk Sabariah Saidin mendapat perhatian peniaga dan pengunjung serta mereka mengambil kesempatan bermesra dengan beliau.

Ketika meninjau sekitar pasar sehari Perdana Menteri bertembung dengan calon Pakatan Harapan bagi kerusi Parlimen P090 Bera, Abas Awang yang turut berkempen di lokasi sama.

Perdana Menteri meluangkan masa berbual dengan pencabarnya selain bertanya khabar dua lagi calon PH bagi kerusi DUN N37 Guai Noraini Abdul Ghani dan N38 Triang, Leong Yu Man.

Perdana Menteri kemudian meneruskan tinjauan dan beramah mesra dengan peniaga dan pengunjung di pasar sehari serta singgah di semua gerai dan bertanya khabar penjaja.

Beliau mempunyai jadual padat di Bera hari ini, termasuk menghadiri Kenduri Rakyat Bersama Komuniti Bandar Kemayan, tengah hari ini.

Selain itu, beliau akan berkunjung ke FELDA Bukit Mendi, Kampung Sungai Tuang dan Kampung Mengkarak.

Loading...
Terkini