comscore
Tumpuan :
Politik

PRU-15: PN Angkat Generasi Kedua Felda Jadi Calon Parlimen Jempol

Jempol: Muhammad Noraffendy Mohd Salleh, 34 yang diumumkan sebagai calon Perikatan Nasional (PN) Parlimen Jempol terharu apabila generasi muda diberi kepercayaan oleh pucuk pimpinan tertinggi parti sebagai calon di Parlimen berkenaan.

Generasi kedua Felda Serting Hilir Enam di sini, yang juga usahawan, selain memiliki Ijazah Sarjana Muda Perniagaan Antarabangsa daripada Universiti Teknologi Kreatif Limkokwing.

Beliau yang juga Ketua Armada Bersatu Bahagian Jempol dan Ketua Pemuda PN kawasan Jempol berkata, pemilihannya sebagai calon membuktikan PN turut mengiktiraf golongan muda yang mahu diangkat sebagai ahli Parlimen.

“Sebagai anak jati Jempol dan berasal dari Felda, saya mempunyai matlamat bagi menyelesaikan pelbagai isu berbangkit berkaitan di tanah rancangan yang gagal diselesaikan oleh ahli Parlimen sebelumnya.

Muhammad Noraffendy berkata, berikutan tinggal dan menetap di Jempol, beliau turut mengetahui masalah dan kehendak penduduk di Jempol yang perlu diselesaikan.

Katanya, sekiranya menang di kerusi Parlimen berkenaan, dia mahu memberi khidmat terbaik kepada masyarakat apatah lagi mempunyai pengalaman dalam bidang kegiatan masyarakat sebelum ini.

Ketika ini, Muhammad Noraffendy adalah Timbalan Ketua Peneroka Felda Serting Hilir Enam, Pengerusi MAYC kawasan Jempol, Pengerusi Persatuan Usahawan Jaya Jempol selain pernah menjawat jawatan Naib Presiden Majlis Belia Felda Malaysia (MBFM).-HARIAN METRO

Loading...
Terkini