comscore
Tumpuan :
Politik

PRU-15: Polis buka 8 kertas siasatan, 4 ditahan

Datuk Seri Hazani Ghazali. – Foto: NSTP

PETALING JAYA: Polis membuka lapan kertas siasatan dengan empat individu ditahan berkaitan kesalahan dilakukan semalam selepas kempen Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU-15) bermula.

Pengarah Op PRU-15 Polis Diraja Malaysia (PDRM), Datuk Seri Hazani Ghazali dalam kenyataan hari ini berkata, dua kertas siasatan dijalankan masing-masing di Selangor dan Sarawak serta masing-masing satu di Pulau Pinang, Pahang, Kelantan dan Sabah.

Menurutnya, kertas siasatan dibuka mengikut Seksyen 500 Kanun Keseksaan/ Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998, Seksyen 447 Kanun Keseksaan/ Seksyen 143 (1) Peraturan-peraturan Penerbangan Awam (PPPA) 2016, Seksyen 24 (B) (10) Akta Pilihan Raya 1964, Seksyen 506, Seksyen 147 Kanun Keseksaan, Seksyen 24 (A) (2) Akta Pilihan Raya 1954, dan Seksyen 143 PPPA 2016.

Datuk Seri Hazani berkata, semalam pihaknya turut menahan empat individu kerana melakukan kesalahan susulan lapan kertas siasatan yang dibuka.

“Sementara itu, sebanyak 289 permit ceramah dibenarkan di seluruh negara dengan Perak merekodkan kebenaran tertinggi iaitu sebanyak 52 permit diikuti Johor (47) dan Selangor (32).

“Bagaimanapun sebanyak 19 ceramah berlangsung di seluruh negara tanpa mendapat kebenaran permit daripada pihak polis.” katanya

Loading...
Terkini