comscore
Tumpuan :
Politik

PRU-15: Polis buka kertas siasatan kes khianat poster parti politik hilang

KUALA LUMPUR: Polis Diraja Malaysia (PDRM) membuka kertas siasatan kes khianat membabitkan kehilangan poster atau sepanduk parti politik di Sungai Siput, Perak semalam.

Pengarah Jabatan Keselamatan Dalam Negeri dan Ketenteraman Awam (JKDNKA) Bukit Aman, Datuk Seri Hazani Ghazali, berkata kes disiasat mengikut Seksyen 427 Kanun Keseksaan.

“Laporan Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15) dari kelmarin hingga hari ini menunjukkan satu kesalahan, maka kertas siasatan dibuka namun tiada tangkapan setakat ini.

“Polis juga mengeluarkan 15 permit ceramah dengan satu masing-masing di Selangor dan Kelantan, Negeri Sembilan (lapan), Terengganu (tiga) dan Perlis (dua),” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Polis Diraja Malaysia (PDRM) menggerakkan 31,183 petugas serta aset dron di seluruh negara bagi menjamin keselamatan dan ketenteraman awam sempena hari penamaan calon PRU-15, hari ini.

Hazani yang juga Pengarah Operasi PDRM bagi PRU15 dipetik berkata, ia membabitkan tugas pemantauan petugas beruniform dan tidak beruniform serta Unit Dron PDRM.

Polis siap siaga bagi memastikan keselamatan dan ketenteraman awam terjaga sepanjang proses penamaan calon PRU-15 berlangsung.

Loading...
Terkini