comscore
Tumpuan :
Politik

PRU-15: Pusat penerimaan calon bersedia untuk dibuka

 

Oleh Selwam Arjunan

KEPALA BATAS: Pusat Penamaan Calon Parlimen Kepala Batas di Industri Latihan Perindustrian (ILP) Kepala Batas di Bertam siap bersedia untuk dibuka kepada calon.

Tinjauan mendapati petugas Suruhanjaya Pilihan Raya telah menyediakan Dewan Mutiara di ILP Kepala Batas untuk proses penyerahan borang calon.

Sementara itu, petugas keselamatan juga dilihat melakukan ‘roll call’ seawal jam 7 pagi sebelum dihantar untuk tugasan keselamatan.

Jalan utama menuju ke ILP Kepala Batas telah ditutup untuk trafik orang awam pada 7.30 pagi.

Manakala penghadang juga diletakkan kira-kira 100 meter dari pusat penamaan calon bagi tempat pemberhentian perarakan penyokong calon.

Proses penamaan calon akan bermula pada jam 9 pagi dan ditutup pada jam 10 pagi sebelum senarai calon disaring dan dimuktamadkan.

Parlimen Kepala Batas dijangka menghadapi perebutan empat penjuru dengan calon Barisan Nasional yang juga penyandang kerusi, Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican, calon MUDA-Pakatan Harapan, Danial Abdul Majeed, Dr Siti Mastura Muhammad dari Perikatan Nasional dan calon Pejuang-Gerakan Tanah Air, Hamidi Abu Hassan. – BULETIN TV3

Loading...
Terkini