comscore
Tumpuan :
Politik

PRU-15: Rani Kulup cuba nasib di Port Dickson

PORT DICKSON: Aktivis masyarakat, Abdul Rani Kulup yang mencuba nasib bertanding di parlimen Port Dickson berdepan tokoh handalan daripada pelbagai parti.

Mereka ialah Menteri Besar Aminuddin Harun daripada Pakatan Harapan (PH), bekas timbalan menteri MIC P Kamalanathan dan selebriti Ahmad Idham Ahmad Nadzri yang mewakili Gerakan Tanah Air (GTA).

Seorang lagi calon kawasan itu ialah Rafiei Mustapha daripada Perikatan Nasional (PN).

Ketika hadir menghantar borang bersama penyokong pagi tadi, dia memakai pakaian bangsawan Melayu, bertanjak dan bercapal dengan sorakan ‘dongibab’ dan ‘kipidap’ oleh penyokongnya.

Abdul Rani, 67, yang popular dengan panggilan ‘Ayahanda’ tiba bersama kira-kira 50 penyokong dari Taman Sri Gombak dan aktif dalam tugas-tugas kebajikan.

Kerusi Parlimen Port Dickson mempunyai 97,058 pengundi.

Penyandang kerusi itu Datuk Seri Anwar Ibrahim pada pilihan raya kecil 2018 menang dengan majoriti besar 23,560 undi .

Bagaimanapun pada pilihan raya umum kali ini, beliau yang juga pengerusi Pakatan Harapan PH berpindah ke Tambun. – HARIAN METRO

Loading...
Terkini