comscore
Tumpuan :
Politik

PRU-15: Sah empat penjuru di Parlimen Titiwangsa

Oleh Khairul Rizuan Azizan

KUALA LUMPUR: Calon Barisan Nasional (BN) Parlimen Titiwangsa, Datuk Seri Johari Abdul Ghani berdepan saingan empat penjuru pada Pilihanraya Umum ke-15 (PRU-15).

Tiga lagi calon lain ialah Khalid Abdul Samad mewakili Pakatan Harapan (PH), Datuk Khairuddin Abu Hassan (Pejuang) dan Dr. Rosni Adam (Pakatan Nasional).

Senarai calon bertanding di Parlimen Tititwangsa diumum Pegawai Pengurus Pilihanraya Parlimen Titiwangsa Firdzaus Said di Pusat Penamaan Calon (PPC) SMK Aminuddin Baki, sebentar tadi.

Bagaimanapun, hasrat seorang pesara swasta yang juga orang kurang upaya (OKU) penglihatan untuk bertanding di Parlimen Titiwangsa atas tiket calon bebas tidak kesampaian apabila borang pencalonannya tidak diterima Suruhanjaya Pilihanraya (SPR) kerana lewat tiba di PPC berkenaan dua minit.

Habib Bourguiba Abd Hamid, 53 tahun tiba di pusat berkenaan itu pada jam 10.02 pagi.

SPR sebelum ini menetapkan proses penamaan calon dan penyerahan borang hanya akan diterima bermula pada jam 9 pagi hingga 10 pagi.

Terdahulu, Datuk Seri Johari bersama puluhan penyokong beliau bergerak dari pusat berkumpul BN di Dewan Yayasan Bena Nusa, Taman Maluri kira-kira pukul 8.40 pagi sebelum tiba 10 minit kemudian di Pusat Penamaan Calon SMK Amiduddin Baki.

Kerusi Parlimen Titiwangsa disandang Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Rina Mohd. Harun dengan majoriti 4,139 undi selepas memperoleh sebanyak 23,840 undian pada PRU-14.

Loading...
Terkini