comscore
Tumpuan :
Politik

PRU-15: Saingan 4 penjuru di Maran

Oleh Hamdi Fahmi Mohamad Zaki

MARAN: Barisan Nasional berdepan saingan 4 penjuru pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU-15) di kawasan Parlimen Maran.

Calonnya, Datuk Seri Shahaniza Shamsuddin ditentang penyandang kerusi terbabit Datuk Seri Ismail Abd Muttalib yang bertanding mewakili Perikatan Nasional setelah tidak dicalonkan oleh BN.

Manakala Ketua Amanah kawasan Maran Ahmad Shuhor Awang mewakili Pakatan Harapan selain Mohd. Hafiz Ishak bertanding atas tiket bebas.

Kesemua calon menyerahkan borang masing-masing dalam tempoh kurang sejam selepas proses penamaan calon dibuka pada jam 9.00 pagi.

Pencalonan kesemua mereka disahkan Pegawai Pengurus Parlimen Maran Datuk Sharuddin Jali pada jam 12.34 tengah hari.

Proses penamaan calon berlangsung di Dewan Jubli Sultan Haji Ahmad Shah di sini hari ini.

Pada Pilihan Raya umum ke 14 lalu, Datuk Seri Ismail memenangi kerusi terbabit dengan majoriti 3,763 undi menewaskan calon daripada PAS dan Pakatan Harapan. – BULETIN TV3

Loading...
Terkini