comscore
Tumpuan :
Politik

PRU-15: Sarawak akan tetap jadi keutamaan jika saya dipilih semula PM – Ismail Sabri

SELANGAU: Pembangunan Sarawak akan terus menjadi keutamaannya jika dipilih semula sebagai Perdana Menteri selepas PRU-15.

Itu jaminan dibuat Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob pada Majlis Perasmian Lebuh Raya Pan Borneo Sarawak, Seksyen Selangau, hari ini.

Malah, sebagai Pengerusi Jawatankuasa Perundingan Perjanjian Malaysia 1963 (MA63) beliau turut berjanji untuk menyelesaikan segala tuntutan yang tertunggak.

Kerajaan yang dipilih pada Sabtu ini katanya, haruslah kerajaan yang bertanggungjawab, bukan kerajaan yang hanya tahu membatalkan projek yang diperlukan rakyat.

“Pengundi harus berhati-hati agar jangan tersalah membuat pilihan, kerana jika tersilap, rakyat akan merana,” katanya .

Berita lanjut menyusul.

Loading...
Terkini